Sejarah | |
---|---|
Amerika Syarikat | |
Nama: | USS Los Angeles |
Bersempena dengan: | Bandar Los Angeles |
Dianugerahkan: | 8 Januari 1971[1] |
Pembina: | Newport News Shipbuilding |
Dibaringkan: | 8 Januari 1972[1] |
Dilancarkan: | 6 April 1974[1] |
Ditauliah: | 13 November 1976[1] |
Dibersarakan: | 4 Februari 2011[1] |
Ditarik keluar dari perkhidmatan: | 1 Februari 2010[1] |
Struck: | 4 Februari 2011[1] |
Pelabuhan asal: | Pearl Harbor |
Takdir: | Dilupuskan melalui kitar semula[1] |
Lencana: | |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal selam kelas-Los Angeles |
Sesaran: |
|
Panjang: | 110.3 m (361 ka 11 in) |
Lunas: | 10 m (32 ka 10 in) |
Draft: | 9.4 m (30 ka 10 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Kedalaman ujian: | 290 m (950 ka) |
Anak kapal: | 13 pegawai; 121 kelasi |
Persenjataan: |
|
USS Los Angeles (SSN-688), kapal selam pertama dalam kelasnya juga merupakan kapal ke-4 dalam Tentera Laut Amerika Syarikat yang dinamakan bersempena dengan nama bandar Los Angeles, California. Kontrak pembinaanya telah diberikan kepada Newport News Shipbuilding and Dry Dock Company yang berpangkalan di Newport News, Virginia pada 8 Januari 1971 dan lunasnya telah dibaringkan pada 8 Januari 1972. Upacara pelancarannya telah dilakukan pada 6 April 1974 oleh Anne Armstrong, dan pentauliahan dilakukan pada 13 November 1976 dengan Komander John E. Christensen menjadi pegawai memerintah yang pertama. Kapal ini menjadi hos bagi Presiden Jimmy Carter dan Wanita Pertama pada 27 Mei 1977 untuk sebuah pertunjukan di laut bagi menunjukan kemampuannya.[2] Pada tahun 2007, Los Angeles merupakan kapal selam tertua yang berada dalam perkhidmatan aktif bersama Tentera Laut A.S.[3] Pihak tentera laut membersarakan USS Los Angeles pada 23 Januari 2010, di Pelabuhan Los Angeles, Los Angeles, California, bandar di mana ia mendapat namanya.[4] Bilik pegawai dalam armada kapal selam tertua ini menyimpan papan tanda cribbage persendirian milik Richard O'Kane, dan selepas Los Angeles dilucut tauliah; papan tanda ini dialihkan ke kapal selam terua seterusnya iaitu USS Bremerton.[5]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Farewell